Replika ini merupakan hasil kerja tangan pengajar Jabatan Tekstil IKBN Peretak. Rekaan ini dinamakan baju kebaya. Baju kebaya yang asalnya direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang berbelah ini amat sesuai disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Fabrik yang digunakan adalah fabrik kain batik. Baju kebaya mempunyai pelbagai gaya mengikut negeri-negeri di Malaysia. Saiz produk 36 cm x 36 cm (tinggi x lebar)


RM150 

Learn More


RM 90.00 – RM 130.00

(Bergantung Pada Saiz Frame Dan Jenis Rekaan Pakaian)

Sebarang pertanyaan sila hubungi IKBN Peretak di talian 03-60996000 atau email / WhatsApp.

I BUILT MY SITE FOR FREE USING