Copper Art merupakan cadangan produk cendermata IKBN Kinarut yang mengetengahakan rekabentuk seni arca dari bahan tembaga yang diperolehi dari sisa bahan guna habis bengkel. Rekabentuk ini menonjolkan pelbagai bentuk arca seperti orang yang dijadikan signature atau identiti utama keluaran produk IKBN Kinarut yang dikenali sebagai orang kita atau Tulun Tokou dalam bahasa tempatan (Kadazan Dusun). Produk kraf ini dijadikan sebagai tempat meletak pen, pemberat kertas dan menggantung kunci. Rekabentuk imej arca dari sisa bahan wayar tembaga boleh diperbagaikan mengikut citarasa dan kreativiti sesuai dengan fungsi produk seperti gambar yang disertakan. Produk ini dihasilkan dengan ukuran 10cm x 5cm x 2cm (panjang x lebar x tinggi) dan ketinggian keseluruhan produk (arca + tapak) antara 12cm hingga 18cm. Bahan utama pembuatan produk ini adalah menggunakan sisa bahan guna habis (copper wire & copper tube) dari Bengkel Jabatan Elektrik & PPU. Penghasilan produk ini dilaksanakan oleh Pelajar dan Pengajar melalui Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda atau ARPRM dalam komponen Kemahiran.


RM24 

Learn More


Sebarang pertanyaan sila hubungi IKBN Kinarut di talian 088-755929 atau email /WhatsApp.

I BUILT MY SITE FOR FREE USING